Monday, December 22, 2008

RESULT????



assalamualaikum...

hallo..
weh, debo siot result dah nak tubik..30 ari bln nih... rase panah punggung nih. dop senang duduk doh...x tau lah aper result y akn kuar nanti.hope ok lar...takut x tau nk ckp lar..doakan kejayaan aku n rakan2 y lain ek...aku hrp ngat sume 114 org calon pmr 2008 TESMAL 20008 dpt strek a's..aminn.....

wait n c... tawakkaltu'alallah.....

wassalam

MENGGANGGU KETIKA SAKRATUL MAUT

..Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Friday, December 19, 2008

MAKSIAT HALANG TEKUN BERIBADAT

***Petikan dan sudah di edit sket2 dri artikel dlm sukabar HARIAN METRO***

Assalamualaikum…

Syukur kehadrat Allah krn dgn limpah kurniaNya dpt aku tuliskan satu isu y amat penting bg aku dan teman2 y bckan page ni…sblm tu aku ingin berpesan kpd diri aku sndri n teman2 y lain agar m’p’bnyakkan amaln kita kpd Allah SWT…

Orait…ni nak tnye sket…apakh kite pernah mengalami prsn mls b’ibadah? T’rasa berat utk b’tilwh? Atau mungkin berasa susah untk qiamulail, walhal jam dikunci utk mengejutkn kita tetapi kita tetap lena dibuai mimpi…

Jadi? Apa sudah jd dgn dri kita? Atau mungkin kita pernah merasakn mulut ini berat utk mengalunkan ayat2 suci al-quran dan menyebarkan salam kpd saudara kita. Atau dgn sngaja kita melengah2kan waktu menunaikan solat kita? Kadang2 kita melalui hari y kita isytiharkan ‘tiada mood’ dan makin malang dgn alasan itu kita sengaja melanggar perintah Allah…jika hal tersebut berlaku atas diri kita, bersegeralah kita bertaubat kpd Maha Pengampun lg Maha Penyayang dan bermuhasabah….jika dibiarkan ia akan jd makin parah plak.

Jngan-jngan…. Kita bnyk lakukan maksiat hingga menghalang amalan kita.

Kita tidak menjaga nikmat mata kita dari melihat perkara y x berguna dan maksiat. Akhirnya Allah pun x m’jaga mata kita utk beribadah kpdNya. Lalu mata kita mls utk bngunkan kita utk solat mlm, membc buku tazkirah dan sbgnya. Slain tu, telinga kita harus jugak dijaga. Kita mungkin menggunakan telinga kita utk m’dgr gossip atau muzik y melalaikan. Akhirnya pd mlm hari kita x mampu m’dgr jam lonceng bahkan suara azan. Telinga juga merasa berat utk m’dgr nasihat org lain dan juga ceramah2 agama. Mulut juga perlu kita jaga. Mulut ni x dpt kita nak kwl, mcm air jer mencurah mengata perilaku kwn2 dan org lain y kita x knl. Tp bab2 nk berzikir knp jd berat dan mals nk kuarkan suara puji-pujian kpd Allah? Begitu jugak hati. Ni adlh part y terpenting y kita perlu jaga. Hati ibarat cermin, smakin bnyk buat mksiat, smakin bnyk noda titik itam kat cermin. Begitu jugak dgn dri kita, smakin bnyk buat mksiat dan tak bertaubat, smakin terbiasa dgn maksiat itu. Salah satu penyebab kematian hati ialh guaru senda y melampau dan melabihi batas. Sekadar bergurau senda utk mengeratkan ukhuwah x per…tp perlu lah jg adab2 dan batas2nye…

Renunglah sejenak. Tgok diri kiat. Muhasabahlah diri ini. Jika sblm ini kita blum m’jg mata, mulut, telinga, hati dan anggota y lain dr segala mksiat, bersegeralah ber istighfar dan bertaubat. X ada kata terlmbt utk kebajikan. Seharusnya kita rs sayang jika x bertadarus al-Quran meskipun terlps sehari. Jika kita masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akn m’jg kita agar dekat pd Nya…

Wassalam…

Thursday, December 18, 2008

MENGHITUNG HARI


Ya Allah...
Engkau berikanlah sbaik baik kesudahan kpd aku dan teman2 y lain atas apa y kami telah usahakan..sesungguhnya kami smua ini amat lemah dan hina memohon pertolongan dr mu Tuhan y Mh Berkuasa...jdkanlah dgn kekuasaan Mu itu kami smua ini lulus dgn cemerlang dlm pmr...
Ya Allah Ya Karim... jgnlah Engkau jdkan antara kami nanti ini menitiskan air mata kerana kegagalan sebaliknya jdkanlah kami smua menitiskan air mata kejayaan...sesungguhnya kami telah buat sehabis baik dan hanya kpd Engkau kami berserah dan memohon...
amiinn...ya rabbal 'alamin....

assalamualaikum...
huh! debo semacam jer nak tunggu result nih.... bile lar nok kuor result ek.. sabo jer lar...
doakan kejayaan aku n teman yerk!!

ok..
wassalam..

Monday, December 15, 2008

SEMGA MENDPT HJ Y MABRUR



"Ya Allah, Engkau berikanlah Haji y mabrur serta keinsafan kepada semua jemaah hj dari serata dunia amnya dan dari malaysia khasnya....amin"

Assalamualaikum...

slmat kmbali kpd smua jemaah hj m'sia. smuge kamu smua masih merindui perjalanan y ckp mencabar itu...walaupun aku masih blum berksmptn utk menjejakkan kaki ke tanah suci namun...harapan y diiringi doa tetap ad...aku tau kat sana hati akan menjadi sayu dan tenang tatkala melihat kaabah y tersergam indah dan menziarahi pusara kekasih Allah, Muhammad SAW. di sana diri kita akan berasa dekat dgn Pencipta dan doa juga dimakbulkanNya...


Teringin aku menziarahi Rasulullah krn ad dlm satu hadis pernah Rasulullah bersabda y b'maksd "barangsiapa menziarahi aku ketika aku wafat, samalah menziarahi aku ketika aku hidup..."hadis tu menguatkan azam aku utk b'doa dan trus b'doa spy suatu hari nanti aku dbri peluang ke sana....aku juga teringin memohan doa serta bertaubat dihdpn kaabah..melihat makam ibrahim...tawaf...dan menziarahi tmpt2 y menrk lg membri pengajaran di sana...


setiap umat Islam mesti menyimpan hasrat jauh dilubuk hati masing2 utk ke sana...bersama-samalah kita berdoa agar diberikan peluang itu, amin...


wassalam

Sunday, December 14, 2008

MasyaAllah.... Indahnye ciptaanMu....



assalamualaikum....
ni nak kongsi sket pengalaman aku mase pegi kat kem penghayatan alam sekitar lepasaan pmr 2008 peringkat ngeri trg...program ni diadakn kat taman negara bewah, tasik kenyir...pd 27-30 oktber y lalu...pnglaman y ckp manis bg aku...utk ke sana mengambil mase 5 jam dgn mnaiki "house boat"...ni first time aku naik bende alah ni...walau lmbt tp aku rase tenang ngat..aku x lepas pluang untuk menikmati pemandangan y ckp2 indah hasil ciptaan y maha Esa...begitu kagum aku melihatnye...dlm progrm ni aku didedahkan dgn mcm2 aktiviti antaranya jeljh gua, kompas, water konfiden, kayak n river crossing...pengalamn y ckp bes...paling best river crossing...kami sume kene apungkan badan dan dibawa arus deras...sambil maen air aku pon menikmati permandangan taman negara y cukup indah...MasyaAllah...dlm program ni jugak aku rase b'tuah krn dpt knl rmai kwn2 br...bkn org melayu je malah cina pon ade tau...mkn tmbhlah knln aku...besnye...kiteorg kene tido dlm kemah 2 ari n 1 ari dlm "house boat" tu...setelah aku blk dr kem ni aku renung blk...bertapa b'tuahnye aku dpt pegi kat sane...aku jugak rase diri ini kerdil sgt2 melihat ciptaan Allah y Maha Agung....

moge ape y aku dpt ni makin mendekatkan diri aku dgn y Maha Pencipta...

wassalam..

Saturday, December 6, 2008

makluman!!!!


assalamualaikum...
hrp maaf..
blog ini masih dalam pembikinan....
segala kesulitan amat dikesali...
sy budak br blajar...

mcm mane ek???

blog nie dlm proses baik pulih dan penyelenggaraan...
sebaragn kesulitan harap maklum....